Umat Islam hari ini berduka dengan pemergian seorang ulama yang disegani di seluruh dunia iaitu Al-Allamah Syeikh Muhammad Al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti.
Berita pemergian ulama itu dikongsi oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman sosial Facebook dan Twitter milik beliau.
Menurut Dr Zulkifli, Allahyarham Syeikh Muhammad Al Mukhtar merupakan guru beliau ketika menuntut di Universiti Islam Madinah.
Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri