Siakap Keli
Kredit: Faruq Zulkafli/Google

“Kepala Hancur Belah Kanan, Nampak Tempurung Kepala”, Doktor Kongsi Detik Cemas Rawat Pesakit Kemalangan Jalanraya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak anda berada dalam situasi cemas antara hidup dan mati? Tidak kira jika kita berada di tempat mangsa kemalangan (moga dijauhkan) atau menjadi saksi, pastinya perasaan tersebut sukar digambarkan. Nafas semakin laju, jantung berdegup kencang seolah-olah ingin keluar daripada dada.

Bagaimana pula dengan seorang doktor yang setiap hari perlu berhadapan dengan kes mengancam nyawa? Dengan menggalas tugas menyelamatkan nyawa di atas bahu mereka, doktor dilatih untuk berfikir pantas dalam situasi genting.

Seorang pengamal perubatan, Dr Faruq Zulkafli berkongsi detik dihadapinya merawat seorang remaja 17 tahun yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan antara kereta dan motosikal ditunggangnya.

Mangsa yang didakwa tidak memakai topi keledar mengalami kecederaan parah – dahi terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, kepala hancur di sebelah kanan serta kulit dada kanan terkoyak.

Buat intubasi

Darah pekat keluar ikut tiub kencing

Rata-rata netizen meluahkan rasa cemas dan berdebar-debar membaca perkongsian doktor berkenaan.

Tak faham, baca sebab thrill 

“.. ada kes kemalangan, saya tengok darah merata, bau hanyir menusuk..”

Terima kasih doktor dan pasukan kecemasan

Sebak baca..

“Nak drama Melayu tentang surgeon dan kecemasan macam ni, bukan bercinta je”

*Semoga arwah mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Faruq Zulkafli

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.