Megat Afindi Mahauddin, 43, seorang penganggur, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dalam bilik tidur di sebuah rumah, di Setapak Jaya di sini pada 12 tengah hari, 22 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain bagi membolehkan pendakwaan menyediakan fakta kes sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
Mahkamah menetapkan 1 Nov untuk mendengar fakta kes dan menjatuhkan hukuman.
Difahamkan mangsa adalah anak asuhan isteri tertuduh.