Siakap Keli
FOTO: BADRUL HISHAM

Lepas Ayah, Adik Pula Meninggal Dunia, Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia. Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial.

Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa naik ke pentas konvokesyen tanpa anak di sisi. Sebak di dada seorang ibu yang kehilangan anak sebelum sempat berkongsi kegembiraan bersama.

Perkongsian pilu ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Badrul Hisham Mohd Ridza mengenai arwah adiknya yang tidak sempat menerima ijazah kerana dikatakan adiknya meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman pada organ utama dalam tubuh.

“Tarikh konvonya semalam, Sedih sangat angah…Tiada flower, coklat mahupun hadiah yang dapat angah beri pada Udin secara berdepan.”

Gembira disebalik duka, seorang ibu kuat menerima ujian Illahi apabila hadir di sebuah majlis konvokesyen arwah anak bongsunya yang berjaya tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik dengan kepujian di sebuah universiti awam semalam.

Menurut Hisyam semasa dihubungi, dia melarang untuk ibunya hadir ke majlis tersebut kerana akan lebih bertambah sedih, namun sebaliknya ibu kuat dan jadikan ia sebagai satu pengorbanan besar untuk arwah.

Jawab mak “Takpe Hisham..tu lah perkara besar yang mak boleh buatkan untuk arwah Udin, adik kau.”

Sungguh mak aku adalah superwoman yang sebenar-benarnya buat diri aku dan keluarga. Sangat tabah dan cekal hatinya. Walau sering nampak ketawa dan senyum bila orang jumpa dimana-mana.

Tahun 2019 ni je kami kehilangan 4 orang yang paling kami sayang dalam keluarga. Emaklah yang paling besar mengalamai kehilangan itu. Emak kehilangan suami, anak bongsu dan kedua ibu bapanya (wan dan atuk).

Tambahnya, pada tarikh 10 Februari 2019 lepas, keluarga ini kehilangan orang yang paling penting dalam keluarga iaitu ayah, sekali lagi mereka diuji apabila 20 Februari 2019, 10 hari lepas ayahnya pergi, adik bongsunya pula menyusul.

Emaklah yang paling banyak berkorban masa dan tenaga menjaga keempat-empat arwah ketika semua arwah mendapat rawatan dan jagaan rapi di hospital sebelum menghembuskan nafar yg terakhir.

Tahniah mak diatas pencapaian anak emak berjaya menggenggam segulung ijazah… Hisham bangga dengan ketabahan dan kecekalan mak… I love you so much mak…

Tiada gambar semasa adik perempuan saya naik ke pentas, waktu itu ibu terlalu sedih dan menangis sewaktu nama arwah adik diumumkan dalam majlis tersebut.

Supposely planningnya aku yang akan naik pentas dan ambil scroll arwah adik, tapi perancangan dan takdir Allah itulah yg lebih baik, terpaksa pulang ke kampung lebih awal untuk urusan pengebumian dan majlis tahlil arwah atuk.. Malam ni dah kena balik ke JB atas urusan dan keperluan hidup di sana.

Begitulah hidup.. Sedih memang sangat sedih, pergi 4 orang yang sangat aku kasihi dari hidup aku, semuanya dalam tahun ini..disamping Allah gantikan kehidupan br dengan hadirnya baby aku, baby abang aku dan baby sepupu aku dalam keluarga kecil ini.

Kata orang “Patah Tumbuh Hilang Berganti”..Bagi aku, ia benar tapi sudah pasti jalan cerita tidak akan sama… Semoga berbahagia kalian yg aku sangat sayang di alam sana..Semoga Allah terus memberikan pengampunan dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Mohon kenalan semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik aku..Mohammad Saifuddin Bin Mohd Ridza.

 

Sumber: Badrul Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)