Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Penjawat Awam Didakwa 111 Pertuduhan Seks Luar Tabii, Cabul Anak

Kuala Kangsar : Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 104 pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap isterinya sejak Mac  lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu didakwa meliwat isterinya yang berusia 37 tahun antara 1 Mac 12.30 tengah malam hingga 3 Jun 11.30 malam, di rumah mereka di Sungai Siput.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun maksimum 20 tahun, serta boleh disebat jika sabit kesalahan.

Suspek turut didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seks terhadap tiga anak perempuannya yang berumur 12, 10 dan lima tahun antara pukul 9 pagi 4 Mei hingga 9 malam 7 Mei, di rumah mereka di Sungai Siput.

Bagi kesalahan itu dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua 111 pertuduhan ke atasnya, yang dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Rohaida tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana ia boleh mengganggu mangsa dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Nov ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hasyutantee Khalil, manakala tertuduh diwakili Nor Izawani Ahmad Jalaludin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.