Kita sering mendengar ibu selepas melahirkan perlu berpantang sekurang-kurangnya 40 hari bagi menjaga pemakanan dan gaya hidup demi mengelakkan berlakunya komplikasi selepas bersalin.
Bagi kebanyakan pengamal perubatan pula, penjagaan kesihatan bukan hanya tertumpu pada tempoh berkenaan sahaja, tetapi sepanjang masa baik sebelum, semasa dan selepas melahirkan bagi mengelakkan sebarang penyakit dalam jangka masa panjang.
Apapun inisiatif diambil, kita tak dapat nafikan kepentingan menjaga kesihatan sepanjang masa kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Terbaru, seorang wanita berkongsi pengalamannya mengalami luka pada parut caesar selepas 2 tahun melahirkan secara pembedahan. Berikut adalah perkongsian daripada Sasha Kamaruzzaman.
Benda ni jadi balik semalam, tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam. Jadi kemerahan.
Tapi bukan luka tu terbuka balik ye, kat hujung belah kanan luka tu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka tu tidak sempurna atau tidak cantik. Dan infeksi tu mudah singgah. Dan infeksi ni hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim sapu untuk jangkitan. Lepastu biarkan je.
Sha sejak hari tu yang sampai bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi, masih jugak bengkak balik.
Dan pagi ni bangun nak cek, panties Sha bahagian bawah getah jadi basah.
Allah, pecah ke? Warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah, tapi air bisa. Lepastu cepat-cepat Sha bersihkan.
Tengah-tengah sapu, nahhhh keluar darah yang banyak. Dan sangat-sangat pedih.
Sha akan pergi jumpa doktor balik untuk ambil antibiotik. Sebab tu sahaja caranya.
Guys, benda ni tiba-tiba. Tak dijangka.
Sha kena kongsi untuk sesiapa yang pernah bersalin czer. Supaya jaga makan, jaga kebersihan. Sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Parut ni sudah 2 tahun 8 bulan.
Buat niat nak takutkan. Tapi untuk berjaga-jaga.
Menurutnya lagi, jangkitan ini bukan sahaja boleh terjadi kepada ibu yang bersalin melalui c-section, tetapi sesiapa sahaja yang pernah menjalani pembedahan.
Sumber: Sasha Kamaruzzaman