Siakap Keli

Suami Terkejut, Temui Isteri Masih Bertelekung Mati Dipercayai Dibunuh

Seorang lelaki terkejut apabila melihat isterinya tidak sedarkan diri selepas pulang dari mengambil anak di sekolah. Isterinya yang merupakan seorang guru ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Kampung Banggol, Jeneri, Sik, Kedah.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman menjelaskan bahawa mangsa Fauziah Yop (46 Tahun) yang masih memakai telekung dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas katil di dalam sebuah bilik.

Difahamkan bahawa pasangan suami isteri berkenaan sebenarnya sedang memasak sebelum si suami keluar sebentar untuk menjemput anak mereka pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai insiden ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob dan keluarga mangsa enggan memberi apa-apa maklumat lanjut berhubung kejadian.

Setakat ini, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat.

Sumber: Sinar Harian 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)