Siakap Keli

(Video) Hutan Dipanah Petir, Ratusan Koala Dikhuatiri Mati Terbakar

Beratus-ratus beruang koala dikhuatiri mati terbakar dalam kejadian kebakaran hutan belantara di pantai timur Australia. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada panahan petir pada Sabtu yang lalu, kira-kira 400 km di utara Sydney dan telah menjejaskan seluas lebih 2000 hektar. Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengawalnya agar tidak menjadi lebih parah.

Penyelamat hidupan liar di utara New South Wales menyatakan kebimbangan mengenai kemusnahan populasi spesies beruang koala yang jarang ditemui di kawasan berkenaan.

Beruang koala ini dianggap penting kerana hidupan ini mempunyai genetik yang sangat berbeza.

Ia adalah tragedi kebangsaan kerana populasi koala ini sangat unik.

Pembangunan dan penerokaan tanah sejak sekian lama telah menyebabkan kemusnahan habitat koala dan juga menjejaskan hubungan antara populasi, peningkatan pembiakan dan juga mengurangkan kepelbagaian genetik haiwan tersebut.

Lebih daripada 70 kebakaran terus merebak di seluruh negeri New South Wales yang juga disebabkan oleh masalah kemarau yang teruk.

Kebakaran tersebut dikatakan akan berterusan sepanjang malam, namun terdapat sumber yang penting di kawasan berkenaan untuk dipelihara.

Menurut pihak berkuasa, keadaan semakin terkawal berhampiran di Port Macquarie di mana lori tanki digunakan untuk operasi memadam kebakaran.

Sumber: CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra