Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mayat Danial Danish Mohd Jasmin, 14, telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
“Mangsa ditemui terapung dan dalam keadaan tertiarap oleh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang berada di kawasan tersebut untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, mangsa bersama bersama empat sahabatnya memancing di sungai itu sebelum beliau dibawa arus pada 2.45 petang.
Danial Danish dikatakan sempat mencapai tangan sahabatnya namun terlepas dan dilihat tenggelam ke dalam sungai berkenaan.
Mayat pelajar tingkatan 2 yang lemas semalam dibawah Jambatan Sultan Mahmud ditemui terapung berhampiran rumah parking bot oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira 20 jam selepas dilaporkan hilang pada petang semalam.#infobencanaterengganu
Posted by Info Bencana Terengganu on Tuesday, 29 October 2019
Sumber: Bernama