Siakap Keli

(Video) Kejam, Viral Rakaman Lelaki Aniaya Beruk Bagi Minum Arak, Netizen Desak Diambil Tindakan

Baru-baru ini telah tular satu video yang mempamerkan tindakan seorang pemilik akaun Instagram memberi arak kepada seekor beruk.

Tindakan zalim yang dilakukan pengguna Instagram itu telah mencetuskan rasa tidak senang dari orang ramai yang melihat video tersebut.

Persatuan Haiwan Malaysia yang menerima aduan berkenaan dengan perkara itu dari orang ramai telah menyatakan menerusi perkongsiannya di Facebook bahawa, pihaknya sudah pun memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Memelihara beruk tanpa lesen PERHILITAN merupakan satu kesalahan jenayah hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Apatah lagi dalam sangkar kecil dan sering ketiadaan makanan.

“Satu siasatan menyeluruh dan lengkap perlu dilakukan untuk kenal pasti pemilik beruk sebenar dan kejadian kezaliman.”

Menurut pada kenyataan itu lagi, perbuatan beri beruk minum arak amat zalim. Risiko kematian dan mengundang kesakitan kepada sang Beruk.

“Ini bukanlah video pertama mengenai penganiayaan beruk di laman Instagramnya. Beberapa siri video kezaliman beruk pernah dipaparkan olehnya sebelum ini.”

Walau bagaimanapun, keadaan beruk selepas minum arak yang diberi pengguna Instagram itu tidak diketahui.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.