Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

(Video) Viral Belumba Di Jalan Raya, Geng Basikal Lajak Kena Angkut Dengan Polis

Baru-baru ini tular di laman sosial beberapa video geng basikal lajak memecut di atas jalan raya sekaligus membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Berikutan itu, pihak penguatkuasa dari Unit HMPV Bahagian Siasatan dan Pengangkutan Trafik (BSPT) Ampang Jaya telah melakukan pemantauan di Tasek Tambahan, Ampang dan telah menahan beberapa individu yang menunggang basikal lajak di sekitar kawasan berkenaan.

Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 11 hingga 15 tahun itu dibawa ke Balai BSPT Ampang Jaya serta disaman atas kesalahan menunggang basikal tanpa brek dan loceng.

Saman dikeluarkan bawah Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 manakala semua basikal berkenaan dirampas mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lantaran itu, ramai netizen yang tampil dengan reaksi masing-masing.

Ambil tindakan atas ibu bapa sekali

Nampak mak ayah sendiri beli basikal lajak untuk anak

“..Kalau tak beli nanti menangis”

“Jangan pula ibu bapa yang menangis di kemudian hari”

Sayang anak kena bertempat

Salur minat ke arah betul

Moga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat

Dibawah adalah salah satu video viral yang menunjukkan kumpulan basikal lajak berlumba seolah-olah tidak memikirkan soal keselamatan diri.

BACA: “You Semua Gila Ka, Mak Bapak You Tak Tau Ka”, Viral Video Budak Basikal Lajak Kemalangan, Undang Kemarahan Pengguna Jalan

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.