Siakap Keli
Gambar hiasan

Viral Poster Pertandingan Lelaki Perut Buncit Di Sabah, Pemenang Bakal Bawa Pulang Wang Tunai

Masalah perut buncit bukanlah suatu benda yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kaum lelaki.  Malah, selalu juga kita dengan perut buncit ini dikaitkan dengan individu yang sudah berkahwin.

Kepada kaum isteri yang mempunyai suami dengan perut buncit, dinasihatkan jangan suruh suami anda hilangkan perut tu lagi. Ini kerana ada satu pertandingan dekat Sabah yang tular kat media sosial bagi pengiktirafan kepada kaum lelaki yang mempunyai perut buncit ni.

Menurut poster pertandingan tersebut, ianya akan diadakan di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah pada 1 Disember 2019. Syarat-syarat yang ditetapkan pula senang je. Ianya terbuka kepada semua kaum lelaki yang berumur 20 hingga 50 tahun.

Cara nak menang dia pula ialah lagi besar perut anda lagi senang untuk anda menang.

Yang menariknya, pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 400, tempat kedua pula RM 300 manakala ketiga pula RM 200 dan sebanyak RM 50 akan diberikan kepada pemenang saguhati.

Gambar: Andrianus Joky

Sumber: Andrianus Joky

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.