Siakap Keli

3 Maut Dalam Insiden Tembakan Parti Halloween Di Long Beach, California

Los Angeles : Tiga orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu insiden tembakan pada Selasa malam di sebuah parti Halloween di Long Beach, California, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Anggota bomba dan polis Long Beach memberikan respons dalam insiden itu yang berlaku di sebuah kediaman pada kira-kira pukul 10.44 malam waktu tempatan.

Tiga lelaki disahkan maut dan sembilan lagi dikejarkan ke beberapa hospital tempatan, menurut Jake Heflin, pegawai maklumat awam Jabatan Bomba Long Beach.

Beliau berkata lokasi kejadian “jelas kelihatan penuh dengan kekecohan” dalam satu video yang dikeluarkan bandar Long Beach.

Seorang penduduk tempatan memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa beliau telah mendengar “beberapa das bunyi tembakan” dan kurang 10 minit kemudian, “siren polis.”

Polis sedang memburu sekurang-kurangnya seorang suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden itu, menurut Los Angeles Times.

Sumber : Front Desk Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.