Siakap Keli

Adik Didakwa Jadi ‘Hamba’ Seks Abang Kandung Sejak Usia 12 Tahun Terbongkar

Peristiwa ‘hitam’ yang menimpa seorang gadis di Temon terbongkar apabila dia mendedahkan perkara itu kepada guru sekolahnya dan ibunya yang mangsa telah menjadi mangsa rogol abang kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan keji abang kandungnya yang kini berusia 18 tahun itu mendapat balasan setimpal apabila dia ditahan sejurus selepas laporan polis dibuat mangsa, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dirogol sejak berusia 12 tahun dan kali terakhir berlaku pada tahun ini.

Katanya, mangsa mendakwa dirogol oleh abang kandungnya semasa berada di rumah mereka di salah sebuah kampung di dalam daerah ini.

“Mangsa tidak pernah menceritakan perkara itu kepada ahli keluarga lain kerana takut dimarahi oleh abang kandungnya.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan dengan perangai keji abangnya kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang guru sekolah dan ibu kandungnya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Hasan berkata, mangsa kemudiannya ditemani ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Tenom.

Katanya, bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek yang juga abang kandung kepada mangsa.

“Suspek yang juga pelajar sekolah menengah di daerah itu ditahan polis di rumahnya, 8.50 malam tadi.

“Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: The Star

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)