Siakap Keli

Anak Terkejut Dapat Mesej Dari ‘Ayah’ Yang Dah Meninggal 4 Tahun Lalu

Kehilangan orang tersayang khususnya ibu bapa sememangnya memberikan satu impak yang besar kepada sesiapa sahaja di dunia ini.

Bagi seorang anak yang bergantung harap kepada ibu bapanya, sudah tentu ketiadaan mereka memberikan seribu rasa kepahitan yang sukar untuk digambarkan.

Lain ceritanya dengan seorang gadis ini, Chastity Patterson, apabila dia meluahkan segala rasa mengenai kehidupan seharian kepada ayahnya yang telah tiada dengan menghantar mesej setiap hari selama empat tahun berturut-turut.

Melalui mesej itu, Chastity memberitahu ayahnya bahawa dia akan menghadapi fasa baharu dalam hidupnya dan telah berjaya melawan kanser.

“Banyak yang telah terjadi dalam waktu yang agak singkat, saya telah berjaya melawan kanser  dan saya menepati janji  kepada ayah dengan menjaga kesihatan diri.

Saya telah berjaya mendapatkan ijazah dan juga jatuh cinta dengan seorang lelaki namun dia lukakan hati saya dan kami berpisah. Saya kehilangan kawan-kawan tetapi saya juga menemui seorang lelaki yang baik dan boleh menjaga saya.

Saya cuma mahu katakan yang saya sayang dan rindukan ayah.”

Melalui posting Stance Grounded di Twitter, satu keajaiban telah berlaku apabila ‘ayah’ kepada gadis itu telah membalas mesejnya.

‘Ayah’ tersebut merupakan seorang lelaki yang juga kehilangan anak perempuannya disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan beliau juga merasa lega dan gembira dengan mesej yang dihantar oleh Chastity.

Lelaki yang dikenali sebagai Brad itu memberitahu bahawa beliau kehilangan anak perempuannya pada tahun 2014 dan mesej yang dihantar oleh Chastity memberikan semangat kepadanya untuk terus hidup.

“Saya bukan ayah awak tetapi saya telah mendapat kesemua mesej awak hampir setiap hari selama 4 tahun. Mesej itu bagaikan datang dari Tuhan.

Saya telah melihat awak membesar dan melalui pelbagai ujian kehidupan dan saya teringin untuk membalas mesej awak dari dahulu lagi tetapi saya tidak mahu kecewakan awak.

Saya berharap anak perempuan saya juga boleh menjadi wanita luar biasa seperti awak.”

Posting itu telah mendapat sebanyak 14.4 ribu retweet dan 45.2 ribu likes serta dihujani dengan komen-komen netizen yang turut merasa sedih dan terharu dengan posting itu.

Kita lupa untuk betul- betul menghargai dunia yang penuh keajaiban ini, banyak lagi kebaikan yang wujud di luar sana dan ini peringatan untuk anda semua.

Alam ini akan memberikan apa yang kita perlu walaupun kita tidak tahu kita akan memerlukannya.

Ini sangat mengharukan terutamanya untuk seseorang yang kehilangan orang tersayang, terima kasih kerana berkongsi.

Sumber: Stance Grounded

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra