Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bapa Dipenjara 10 Tahun, 10 Sebatan Rogol Anak Tiri OKU

MELAKA, 31 Okt (Bernama) — Seorang bapa warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah merogol anak tiri yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) mental, tahun lepas.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Lelaki itu yang berumur 41 tahun, didakwa merogol anak tiri perempuannya yang merupakan warga tempatan berusia 21 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah kedai di Jalan Plaza Mahkota di sini, pada 10 malam, 13 Jun 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.