Siakap Keli
Kredit Foto: myinformasi.com, Cor Nadi

Ini Tanda-Tanda Awal Penyakit Kanser Usus Yang Perlu Anda Beri Perhatian Serius

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang didunia ini impikan tubuh badan yang sihat supaya dapat menjalankan aktiviti harian tanpa masalah. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, masyarakat seharusnya menitikberatkan tentang kesihatan diri kita supaya dapat dicegah diawalnya.

Segelintir masyarakat hanya memandang enteng tentang tahap kesihatan diri sendiri. Tahukah anda mencegah sesuatu penyakit lagi baik daripada kita mengubatinya. Kita ingat kita sihat. Sebenarnya dalam diam kita dah alami simptom-simptom sesuatu penyakit tapi masih takut-takut nak dapatkan rawatan.

Ketahui tanda-tanda awal kanser usus supaya anda dapat mencegah diri daripada terjebak kepada penyakit tersebut yang dikongsikan oleh Cor Nadi di bawah:

  1. Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit. Contohnya daripada tabiat hari-hari ke tandas menjadi berkurangan kepada setiap tiga atau empat hari sekali.
  2. Hilang berat badan. Pesakit akan menjadi kurus serta hilang selera makan dalam jangka waktu yang singkat.
  3. Sakit dalam perut dan usus. Sakit pada bahagian abdomen bergantung kepada kedudukan barah usus.
  4. Berlaku pendarahan semasa membuang air besar. Darah bercampur dengan najis, kadangkala najis bewarna hitam seperti kopi. Ini merupakan antara tanda-tanda awal barah usus.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diatas. Dapatkan rawatan daripada pakar supaya anda terhindar daripada kanser usus. Diri sendiri sahaja yang mampu untuk memastikan tubuh badan kekal sihat. Mulakan sebelum ianya terlambat.

Sumber: Cor Nadi

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: