Siakap Keli

Korang Nak Rasa Suara Sedap Macam ‘Telan Kaset’, Ini Pusat Karaoke Paling ‘Rare’ Di Malaysia

Yakin, semua orang akan mengalami tekanan dan mungkin pernah berasa nak menjerit sepuas hati ditempat yang tinggi atau sunyi. Ada juga yang gemar untuk menyanyi, katanya boleh hilangkan stres, betul ke?

Ya, muzik merupakan satu medium untuk hilangkan tekanan malah mengikut kajian melalui muzik akan menzahirkan perasaan seseorang. Haa, patutlah kalau kawan-kawan stres, diorang ajak karaoke!

Tapi yang paling korang perlu tahu adalah, tempat karaoke paling ‘rare’ yang ada kat Malaysia ni. Korang takkan dapat dekat mana-mana pusat karaoke sambil menyanyi menggunakan mikrofon setinggi manusia untuk hilangkan stres korang.

Karaoke jom! boleh nyanyi kuat-kuat!

Ini memang kegemaran min kalau stres. Bila korang jerit-jerit sambil lepaskan geram tu, confirm lega dan lepas segala masalah! Kena pula lagu Ziana Zain, Madah Berhelah atau lagu Akulah Kekasihmu nyanyi Ukays memang menjadi pujaan hati!

Kalau korang tengah stres sekarang ni, korang perlu ikut cara ni je untuk hilangkan. Apa tu? Ni lah, kitaorang nak kongsi ‘tempat’ untuk hilangkan tekanan hidup.

Mungkin korang pernah dengar tentang Karaoke Manekineko. Untuk pengetahuan korang, pusat karaoke ini merupakan salah satu rangkaian terbesar yang datang dari Jepun ke dalam negara ini. Malah mereka menjanjikan dan menyediakan perhidmatan yang bagus, persekitaran yang bersih  serta selamat dan mesra pelanggan.

Paling menarik, Karaoke Manekineko menawarkan kelebihan multifungsi karaoke sistem. Apa tu?

Ada mikrofon setinggi manusia? Biar betul, ye betul.

Lihat gambar di atas, betapa mikrofon suara jika dibandingkan dengan yang biasa. Mesti korang puaslah menyanyi sambil bersantai di Manekineko.

Korang tengoklah sendiri ‘brother’ ni berkaraoke dengan mengunakan mikrofon ‘giant’. Barulah puas menyampaikan nyanyian lagu kegemaran korang.

Macam tak percayakan? Hanya di Manekineko je korang!!

Korang boleh juga mendedikasikan beberapa banyak lagu yang dipilih melalui skrin kaca televisyen dengan menggunakan telefon pintar korang je. Waa, menariknya! Macam mana tu?

Mudah je, korang hanya sambungkan WiFi di premis tersebut dan memuat turun aplikasi yang disediakan. Bahkan ini bukan satu-satunya fungsi yang disediakan, anda mungkin berasa tercabar apabila menyanyikan satu lagu yang sama pada waktu yang sama.

Jika korang tidak berminat untuk bertarung dengan orang lain, mereka juga menyediakan permainan mini dalam aplikasi tersebut. Jadi, marilah kita memulakan pengalaman baru di Karaoke Manekineko.

Nama dengar dah Jepun, ade ke lagu bahasa lain?

Korang tak perlu risaulah Karaoke Manekineko menawarkan pelbagai lagu daripada banyak bahasa cuma tekan butan dan pilih bahasa yang korang nak termasuklah bahasa Melayu, Cina, India, Thailand dan lain-lain. Paling penting ada lagu Korea! I love Oppa.

Kalau pergi karaoke, korang mesti menitikberatkan tentang saiz bilik kan? Sekarang tak perlu risau, bilik dia memang besar giler! 

1. Grand Rooom

Sesuai untuk majlis gathering. Kalau korang jenis suka main pool, ada juga tersedia meja pool dalam bilik tersebut. Saiznya besar sehingga memuatkan seramai 30 hingga 40 orang.

2. Signature Room / Vip Room

Korang boleh lah berangan sambil menyanyi di atas pentas. Ye, dalam bilik tu tersedia pentas mini untuk korang merasa jadi selebriti dan kawan-kawan yanng lain boleh jadi fans. Bestnyaa!

Paling menarik, dalam bilik ini boleh memuatkan seramai 20 hingga 30 orang.

3. Family & Kids Room

Kalau korang dengan keluarga suka berkaraoke, ni lah tempatnya. Boleh bawa adik-adik yang kecik datang bermain sambil korang menyanyi. keluasan bilik ini mampu mampatkan seramai 10 hingga 15 orang.

4. Medium & Standard Room

Walaupun rasa macam kecik je bilik ni tapi mampu untuk muatkan  7 hingga 9 orang. Sesuailah untuk korang yang ingin santai-santai sambil menyanyi.

Senang cakap, bilik karaoke dekat sini macam-macam tema. Boleh pilih ikut saiz. Makanan juga disediakan. Jadi memang sesuai untuk kunjungan semua peringkat umur.

Mahal ke harga tu, bayar serendah RM 1o je!

Manekineko mempunyai harga yang sangat berpatutan serendah RM 10 seorang. Percaya tak? Kan mereka dah cakap, layanan mereka lebih kepada mesra pelanggan serta memberi perkhidmatan yang sangat bagus.

Manekineko juga menawarkan harga combo bersama makanan sampingan dan masa yang tidak ada limit ditetapkan. Dengan harga ini korang bolehlahh menyanyi bersama keluarga dan rakan serta saudara mara. Awesome kan!

Jangan biarkan perut kelaparan, tekak pula kering ketika menyanyi!!

Dah penat bernyanyi, mesti korang nak makan-makan sambil bersantai kan? Jangan risau, Manekineko juga menyediakan makanan di setiap cawanganya. Paling penting diorang tak menyediakan ‘pork’. Korang boleh menikmati ramen, udon, nasi, pizza, makanan ringan malah untuk parti sekali pun mereka dapat sediakan.

Kalau korang jenis suka nasi dan mee, jangan risau di Manekineko juga menyediakan makanan yang sangat lazat bahkan berbaloi dengan harganya.

Paling seronoknya, jangan biarkan tekak korang kering tanpa air minuman yang percuma setiap kali isi semula. Minuman telah disediakan di sudut minuman, korang hanya perlu ambil je.

Mereka hanya menyediakan dua harga yang berbeza. Satu hanya mengikut caj perseorangan dan caj untuk pakej.

Ada cawangan baru dekat Sunway Putra Mall !

Apa yang menariknya, sekarang Manekinko dah buka cawangan baru mereka yang terbaru dekat Sunway Putra Mall. Bagi korang yang berdekatan dengan Putra Mall bolehlah singgah ke outlet baru pada 1 November 2019 ni. Yakinlah, korang mesti puas hati la.

Bukan tu jer, korang boleh juga pergi Eko Cheras Mall dan Paradigm Mall Petaling Jaya, Central I-city shopping Centre dan Sunway Velocity juga akan dibuka tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Karaoke Manekineko, atau laman Instagram serta Facebook rasmi. Selamat berkaraoke korang!!!

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.