Siakap Keli

Larang Sepenuhnya Vape Atau Tidak Diketahui Tahun Depan

Gambar: medicalxpress

IPOH, 31 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan sedang belum membuat keputusan sama ada melarang sepenuhnya penggunaan vape, atau mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap penjualan cecair vape.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata pilihan keputusan tersebut akan dilakukan, berdasarkan perolehan kajian yang dilakukan jawatankuasa khas berhubung kaedah kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape.

Dr Lee yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan berkata, keputusan tersebut dijangka diketahui tahun hadapan.

“Kementerian dalam usaha adakan satu akta baharu untuk membolehkan kerajaan dan kementerian mengawal daripada segi merokok dan vaping serta shisha.

“Keputusan belum diputuskan sama ada nak larangkan 100 peratus ataupun kita kenakan sekatan yang ketat terhadap jualan (cecair vape), sama ada yang mengandungi nikotin dan tiada nikotin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang, anjuran Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di sini hari ini.

Seramai 297 kakitangan JKN Perak yang bersara pada tahun ini diraikan pada majlis itu.

Mengulas lanjut, Dr Lee berkata setakat ini pihaknya masih tiada data kesan penggunaan vape untuk jangka masa panjang, namun akan belajar daripada United Kingdom mengenai cara mengawal selia penggunaan vape.

“Kita masih belum ada data jangka masa panjang berkaitan kesan vape kepada fungsi paru-paru, sakit jantung ataupun kanser, kita sedang mengumpulkan datanya.

“Kita tahu United Kingdom telah lama mengawal penggunaan rokok eletronik untuk  dan mungkin ada sesuatu yang boleh kita lihat dan kaji bagaimana mereka mengawal rokok elektronik supaya kita mempunyai maklumat.

Dalam pada itu, Dr Lee berkata setakat ini pihaknya telah berbincang dengan pihak penjual dalam talian seperti Lazada dan Shopee, untuk menurunkan iklan penjualan cecair vape yang mengandungi nikotin.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.