Siakap Keli

Lebih 900 Kanak-Kanak Dijangkiti HIV, Doktor Didakwa Guna Jarum Suntikan Terpakai Dari Tong Sampah

Seorang doktor didakwa menggunakan jarum suntikan yang telah dibuang ke dalam tong sampah dan mengakibatkan lebih 900 orang kanak-kanak dijangkiti HIV ketika menerima rawatan di bawahnya di Pakistan.

Menurut polis, dalam masa setahun seramai 1,100 orang menghidap positif HIV kerana kecuaian yang dilakukan oleh doktor yang tidak bertanggungjawab ini.

Paling menyedihkan, terdapat satu keluarga yang menghidap HIV selepas menerima rawatan di klinik doktor berkenaan.

Menurut bapa mangsa, dia mempunyai enam anak dan empat daripada positif HIV. Dia juga mendakwa dirinya pernah melihat tindakan doktor tersebut mengutip semula jarum di dalam tong sampah untuk rawatan seterusnya.

Ibu bapa lain juga mendakwa mereka melihat doktor tersebut menggunakan satu jarum yang sama untuk menyuntik kepada 50 orang kanak-kanak.

Bagaimanapun, doktor tersebut menegaskan bahawa dia tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Kata pegawai polis, kemungkinan wabak tersebut bukan berpunca daripadanya.

Sumber: The Sun Uk 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)