Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Ngeri, Lelaki Kanibal Ditahan, Manusia, Anjing Dan Kucing Jadi Hidangan ‘Kegemaran’

Kedengaran ngeri dan menakutkan. Itu apa yang dapat digambarkan susulan penahanan seorang lelaki kanibal yang membunuh dan memakan manusia di bandar Arkhangelsk, Rusia, baru-baru ini.

Suspek yang berusia 51 tahun didakwa membunuh dan memakan tiga manusia turut ditahan bersama bangkai haiwan seperti anjing, kucing dan burung.

Hasil siasatan mendapati tiga mangsa tersebut dibunuh menggunakan pisau sewaktu mereka tidur selepas diberikan alkohol.

Kesemua tulang mangsa kemudiannya ditemui di dalam beg yang dibuang di dalam kolam.

Pembunuhan ngeri itu dikatakan berlaku antara Mac 2016 hingga Mac 2017.

Pemeriksaan perubatan kepada suspek turut menyatakan bahawa dia sihat dan tidak mengalami sebarang masalah mental.

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.