Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Nyamuk Mampu Jadi Punca Jangkitan Kaki Gajah

Mungkin sedikit sukar untuk dipercayai tetapi penyakit yang menyebabkan kaki menjadi besar seperti gajah ini sebenarnya disebabkan oleh organisma yang jauh lebih kecil. Dari sudut teknikalnya, penyakit kaki gajah ini bukanlah disebabkan oleh nyamuk, ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan cacing parasit. Akan tetapi, nyamuk memainkan peranan penting dalam penyebaran jangkitan ini.

Jangkitan cacing parasit merupakan sejenis jankitan yang berbentuk seperti  pita (filaria).  Di Malaysia, spesis cacing filaria ini dikenali sebagai Wuchereria bancrofti dan juga Brugia malayi. Cacing ini dipindahkan kepada manusia (pada tahap mikrofilaria) gigitan nyamuk Anopheles dan juga nyamuk Mansonia betina. Jika dalam suatu kawasan itu terdapat seseorang yang menghidap penyakit ini, lazimnya akan ada orang yang bakal menerima jangkitan ini.

Kedua-dua spesies nyamuk tersebut akan mengigit individu yang menghidap filariasis limfatik dan akan mengambil sekali sedikit mikrofilaria daripada individu tersebut untuk disebarkan kepada orang lain.

Setelah berada dalam badan manusia, cacing ini akan melengkapkan kitaran hidupnya dan menjadi dewasa. Ia hidup dalam sistem limfatik badan yang terdiri daripada rangkaian saluran limfa dan juga nodus-nodus limfa. Struktur dalam sistem ini mengimbangkan cecair di antara tisu badan dan salur darah.

Selain itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam sistem pertahanan badan. Walaupun jangka hayatnya hanyalah sekitar 4 hingga 6 tahun, cacing ini akan menghasilkan berjuta-juta mikrofilaria (yang hidup dalam sistem sirkulasi badan) sebelum ia mati.

Jangkitan ini dapat dikesan melalui simptom seperti demam, kesejukan, pening kepala dan kelesuan. Malahan, simptom pembengkakan, radang kemerahan dan rasa sakit disikitar kawasan yang dijangkiti juga merupakan tanda awal kepada jankitan cacing parasit tersebut.

Sumber: Hello Doktor

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.