Siakap Keli

Susah Betul Nak Hancur, Rupanya Macam Ni Cara Buat Bulu Tangkis Untuk ‘Match’ Taraf Antarabangsa

Jika menonton perlawanan badminton, apa yang menjadi perhatian adalah bulu tangkis yang bergerak dari satu arah gelanggang ke gelanggang yang bertentangan. Perkara ini kerana bulu tangkis merupakan elemen terpenting dalam sukan bertaraf dunia itu. Ianya juga turut dikenali dengan nama “bulu ayam” bagi kawasan-kawasan luar bandar.

Walaupun dipukul berkali-kali, bulu tangkis agak sukar untuk rosak dengan teruk sehingga menjejaskan fizikalnya. Disebabkan itu, timbul persoalan mengenai kaedah untuk membuat bulu tangkis dengan sempurna.

Walaupun bagi kebanyakan orang menggunakan bulu tangkis yang diperbuat dengan plastik, namun berbeza bagi pemain yang profesional. Bagi perlawanan rasmi yang melibatkan pemain-pemain profesional, bulu tangkis yang dibuat menggunakan beberapa kaedah iaitu meliputi tenaga manusia dan juga mesin.

Bulu tangkis yang dimaksudkan biasanya diperbuat daripada bulu itik yang mana proses pertamanya dimulakan dengan menyusun agar penghujungnya sama. Ikuti video berikut mengenai kaedah yang dipraktikan untuk membuat bulu tangkis bagi perlawanan rasmi.

Selepas melihat video ini, pastinya anda sudah tidak tertanya-tanya mengenai bulu tangkis yang tidak mudah rosak walaupun telah dipukul berkali-kali dengan kuat oleh pemain profesional.

Sumber: How Its Made

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra