Siakap Keli
Kredit: Google (Ooga Labs/Adweek)

Twitter Umum Larangan Global Terhadap Semua Iklan Politik

WASHINGTON, 31 Ogos (Bernama) — Ahli politik, penganalisis dan kaki sibuk terpaksa melupakan platform media sosial Twitter pada masa akan datang untuk kempen pilihan raya di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia selepas Ketua Eksekutifnya, Jack Dorsey, mengumumkan larangan terhadap semua iklan politik, lapor agensi berita Rusia Sputnik pada Khamis.

“Kami telah membuat keputusan untuk menghentikan semua iklan politik di Twitter secara global,” kata Dorsey dalam akaun Twitter pada Rabu.

“Kami berpendapat bahawa pengaruh politik harus diperoleh, bukan dibeli. Mengapa? Terdapat beberapa sebab.”

Dorsey mengakui ada sesetengah pihak akan membantah dan mendakwa langkah itu akan memihak kepada penyandang, yang disangkalnya.

“Kita telah menyaksikan banyak pergerakan sosial yang berjaya memperoleh pengaruh dalam skala besar-besaran tanpa sebarang iklan politik. Saya percaya perkara ini akan terus berkembang.”

Dorsey turut mengakui terdapat keperluan yang gagal dipenuhi bagi peraturan iklan politik yang berpandangan jauh ke hadapan dan berkata ketelusan iklan, meskipun mewakili kemajuan, masih tidak mencukupi untuk mewujudkan medan bermain yang adil.

Twitter bercadang mengumumkan butiran dasar baharu itu pada 15 Nov yang membabitkan beberapa pengecualian seperti iklan bagi membantu pendaftaran pengundi, dengan penguatkuasaan bermula seminggu selepas tersebut, kata Dorsey.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.