Siakap Keli
Kredit: Najib Ayub

(Video) “Hati-hati, Khinzir Pun Jadi ‘Halal’”, Pemuda Dedah Trik Peniaga ”Streetfood” Di Korea Tarik Pembeli Muslim

Bagi pelancong Muslim, pemilihan makanan pasti menjadi aspek utama dalam perancangan perjalanan. Nak bungkus stok makanan dari Malaysia banyak-banyak, terlebih muatan pula nanti. Nak berjalan pun rasa terbeban dengan barang yang banyak.

Jadi, kalau jumpa lubuk makanan halal di negara dilawati pastinya buat kita gembira. Tapi, tak semua makanan ‘halal’ betul-betul halal di luar negara.

Seorang pengguna Twitter, Najib Ayub berkongsi trik yang digunakan peniaga jalanan di Myeongdong Street, Korea Selatan untuk mengaburi mata pelanggan beragama Islam.

Papan tanda berubah-ubah

Dakwa Najib, peniaga di sana menukar papan tanda gerai bergantung kepada siapa pengunjung yang melalui kawasan tersebut.

“Penjual dekat gerai ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar papan tanda yang ada halal tapi bila dah ramai pelancong dari tempat lain (masa ni ramai orang Filipina datang gerai) dia turunkan papan tanda tu letak dekat tepi,” katanya.

Tapi papan tanda atas ada tulis ‘Pork’?

Hal ini turut dikongsikan oleh pemilik restoran halal di sana

“Sebenarnya ramai pelancong dari luar ditipu oleh gerai makanan halal yang palsu di Myeongdong Street dan masuk ke restoran saya dengan cawan kertas (yang dibeli di luar).

“Saya cuma ingin berkongsi bahawa mereka tidak pernah menggunakan daging halal dalam sejarah Korea, tapi cuma mencetak logo halal dari Google Image.

“Jika anda makan ayam goreng, ia dari China. Jika anda makan dumpling, itu dumpling khinzir kerana ia merupakan cara tradisi dan mereka tak akan mengubahnya.

“Saya bukan ingin memburukkan mereka, tetapi melihat orang Islam makan khinzir membuatkan saya berasa tak selesa seperti mana saya pernah melihat seorang wanita berpura-pura Muslim menjual logo halal antarabangsa palsu yang direka sendiri kepada restoran berhampiran kami.”

https://www.instagram.com/p/B3667FABQg0/?utm_source=ig_embed

Babi pun halal?

Selain itu, Najib turut berkongsi gambar papan tanda daging ‘halal’, salah satunya ialah khinzir.

Kredit: Najib Ayub

Lantaran itu, ada pengguna lain yang berkongsi tips sebagai rujukan orang ramai yang mungkin bakal ke sana.

Dwaeji-gogi = daging khinzir

“Dwaeji-isseoyo?”

Periksa kandungan makanan

Kesedaran masih kurang di luar negara

Dapatkan info halal terlebih dahulu

Sumber: Najib Ayub, Busanjib Myeongdong

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.