Sebuah bangunan utama yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke negara Jepun, Istana Shuri musnah dijilat api pada pagi tadi hari ini.
Menurut pihak berkuasa, punca kebakaran masih belum dikenalpasti. Tiada laporan yang mengenai kecederaan dan penduduk yang tinggal berhampiran diminta untuk berpindah.
Sehingga pukul 9 pagi tadi (waktu Jepun), 10 jabatan di hantar untuk memadam kebakaran. Pihak bomba masih bertungkus lumus memadam api yang marak. Kesemua struktur bangunan adalah kayu. Secara keseluruhan, kira-kira 4,200 meter persegi telah musnah termauklah pada bahagian utama bangunan.
BREAKING VIDEO: Fire crews at the Shuri Castle as the main shrine of the castle has gone up in flames pic.twitter.com/CFsTDwN6Zv
— News Breaking LIVE (@NewsBreaking) October 30, 2019
Istana yang sudah berkhidmat sebagai ‘jantung’ Ryukyu sejak tahun 1429 hingga 1879 pernah dimusnahkan akibat perang dunia kedua namun dibina semula pada tahun 1992 dan diistiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000.

Menurut Datok Bandar Naha, Mikiko Shiroma berkata beliau sangat terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Istana Shuri.
Sumber: JapanTimes