Siakap Keli

(Video) “Kawan Macam Ni Kena Hargai,” Sebab Tayar Tersangkut, Kawan Sanggup Riba Motor Sampai Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular sebuah video sekumpulan remaja lelaki menunggang motosikal sambil meriba motorsikal yang dipercayai milik rakan mereka yang rosak demi persahabatan yang terjalin.

Besar kemungkinan, mereka adalah insan yang mudah memberikan pertolongan saat sahabat mereka dalam kesusahan.

Itulah pengajaran yang boleh disimpulkan jika korang menonton video yang tular dimuatnaik ke laman Twitter oleh Erie Muzani sehingga mencuri tumpuan netizen.

“Kepada yang melihat video ini tolong jangan tiru aksi ini”

Menurutnya, mereka sekumpulan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Senawang untuk makan beramai-ramai dan meluang masa bersama.

Tambahnya lagi, mereka berkumpul di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, bila semua dah tiba ada pula seorang rakan mereka yang tersadai di jalan kerana motorsikalnya rosak. Dengan segera, mereka berpatah balik dan memberi bantuan.

“Tengok-tengok tayar belakang tak boleh gerak macam tersangkut, kita semua keluarkan tools tapi…

Katanya lagi, mereka berasa lega dengan kehadiran satu kereta polis yang berhenti dekat dengan mereka dan menyangka polis tersebut dapat menolong rakannya itu. Namun sebaliknya yang terjadi apabila lelaki ini mendakwa polis tersebut keluarkan saman.

“Lepas dah kene saman tu… aku mintak lah polis tu tool mana tahu dia ada tool yang lebih besar supaya kita orang dapat buka dengan lebih mudah”

“Lebih kurang 2 jam kat tepi highway tu “

“Tapi dekat belakang ramai yang cover supaya keadaan jadi lebih selamat”

Pesannya ketika dihubungi, hargailah rakan anda kalau ada yang sanggup tahan sakit dan hadap risiko seperti dalam video tersebut. Tapi saya nak tekankan sekali lagi jangan itru aksi tersebut, bahaya.

 

Sumber: Erie Muzani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)