Siakap Keli

(Video) Rela Bedah Otak Dalam Sedar Untuk Tontonan Orang Ramai

Seorang wanita berusia 25 tahun telah berjaya menjalani pembedahan otak di Texas pada hari Selasa lepas dan prosedur itu telah ditayangkan dalam satu siaran langsung di Facebook. Lebih mengejutkan, ketika pembedahan berkenaan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan sedar dan dilihat berkomunikasi dengan baik walaupun kepalanya sedang dibedah.

Doktor dengan Pusat Perubatan Dallas Methodist melakukan pembedahan untuk menghapuskan banyak saluran darah kusut di otak Schardt yang menyebabkan sawan. Pada peringkat awal, wanita itu diletakkan dalam keadaan anestesia supaya doktor boleh membedah tengkoraknya.

Sebaik sahaja sampai di bahagian otak, Schardt telah tersedar dan boleh bercakap malah turut menjawab soalan yang diajukan oleh doktor.

Semasa pembedahan, wanita itu ditunjukkan sebuah iPad di mana dia perlu mengenal pasti beberapa nombor, warna, haiwan dan objek lain. Patel menjelaskan, sekiranya dia dapat mengenal pasti apa yang dipamerkan, pakar bedah dapat mengetahui bahagian otaknya yang berfungsi dengan baik untuk disentuh dan sekiranya dia membuat kesilapan, pakar bedah akan mengelak untuk menyentuh pada bahagian itu.

Siaran langsung proses pembedahan yang disiarkan ke dalam laman Facebook itu telah meraih kira-kira 93,000 tontotan. Menurut wanita itu, dia sendiri yang mahukan menjalani pembedahan itu untuk membantu orang ramai bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu yang mungkin dihidapi oleh orang lain. Beberapa jam selepas pembedahan dilakukan, wanita itu telah berjalan dengan baik bersama ibu bapanya.

Sumber: TIME

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra