Siakap Keli

(Video)”Mak Jadi Superwoman,” Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Anak Jatuh Lubang Buat Netizen Kagum

Satu insiden di mana seorang kanak-kanak terjatuh di dalam sebuah lubang sempat terakam oleh kamera litar tertutup dan tular di laman media sosial beberapa hari ini.

Kejadian yang dipercayai terjadi di sebuah taman di St. Petersburg, Rusia itu memaparkan seorang wanita dan anak kecil yang berjalan sebelum kanak-kanak itu termasuk ke dalam lubang.

Namun yang menarik perhatian adalah tindakan reflek wanita berkenaan yang pantas membuka penutup lubang tersebut untuk menyelamatkan anaknya. Lebih mengagumkan apabila wanita terbabit mengangkat penutup lubang dan mencampakkannya ke tepi tanpa sebarang masalah walhal ianya sangat berat.

Terserlah kuasa seorang mak tu…

Penutup lubang tu berat kot!

Dia campak penutup lubang tu macam takda apa-apa.Macam penutup tu ringan, kuasa seorang mak!

Wanita tu dapat kuasa sekelip mata…

Dia jadi ‘superwoman’, selamba je campak penutup lubang, kalau badut Pennywise ada dalam tu mesti dia lari tengok kuasa wanita tu…

Sumber: The Unexplained

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.