Buah kelapa merupakan tumbuhan yang senang didapati di mana-mana tempat terutamanya di kawasan pulau. Buah yang turut dikenali sebagai buah nyiur ini agak sukar untuk dibuka berikutan sabut yang melekat pada buah ini sangat kuat. Namun, ianya boleh dibuka dengan mudah sekiranya terdapat peralatan yang lengkap seperti pisau ataupun parang.
Pun begitu, sebenarnya terdapat kaedah mudah untuk membuka dan mengupas buah kelapa tanpa sebarang peralatan tajam seperti pisau dan juga parang. Melalui satu video di laman Youtube The King of Random, seorang lelaki menunjukkan beberapa langkah untuk membuka buah kelapa dengan hanya menggunakan batu yang terdapat di pantai.
https://www.youtube.com/watch?v=T9bXoOa1qTg
Berdasarkan video berikut, buah kelapa boleh dibuka dengan cara menghempapkan batu ke atas buah tersebut supaya sabut kelapa itu terbuka. Namun, ianya perlu diletakkan secara tegak supaya batu yang menghempap dapat memecahkan sabut buah kelapa itu. Setelah itu, sabut yang pecah itu hanya perlu dikupas sehingga tinggal tempurungnya.
Bagi memecahkan tempurung buah kelapa itu, hanya perlu menghentakkannya kepada objek tajam seperti batu. Namun, ianya perlu dihentakkan pada kedudukan yang betul agar terbelah dengan sempurna.
Sumber: The King of Random