Siakap Keli
Gambar: Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Sehingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu notis amaran ribut petir yang bakal berlaku melibatkan semua negeri di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 8 negeri akan dilanda ribut petir sehingga jam 5 petang. Negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Manakala terdapat beberapa kawasan dan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah serta Labuan pula dijangka akan dilanda ribut petir yang berlarutan sehingga pukul 6 petang ini.

Orang ramai yang bercadang untuk melakukan aktiviti luar mahupun yang memandu kenderaan ketika pulang ke rumah dari pejabat supaya lebih berhati-hati serta pandu dengan cermat.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.