Siakap Keli

Ibu Maut Dipercayai Kena Panah Petir Di Belakang Rumah

Seorang pesara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maut dipanah petir ketika berada di belakang rumahnya di Kampung Baru Permatang Pauh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata mangsa Nor Habibi Hasan, 50, ditemukan oleh anaknya Ahmad Baihaqi Abdul Hamid, 17, dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 4.30 petang semasa hujan lebat.

“Anak mangsa membawa ibunya ke dalam rumah dan menghubungi pihak ambulans, namun kakitangan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Razli berkata bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pekan juga mengesahkan sebab kematian mangsa adalah kerana dipanah petir.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)