Siakap Keli

Isteri Didakwa Didera, Dicerai Talak 3 Kerana Gigi Rongak

Seorang wanita telah diceraikan dengan talak 3 didakwa kerana tidak memilik gigi yang sempurna. Wanita berkenaan turut menyatakan bahawa pihak mertua sering menganggu dan memaksanya supaya menambah nilai wang hantaran perkahwinan.

“Saya telah memfailkan aduan kepada polis. Sebelum ini suami dan pihak mertua bersetuju untuk berkompromi dan membawa saya pulang ke rumah. Namun pada 1 Oktober lalu, suami menyatakan bahawa dia sudah tidak mahukan saya. Suami juga menghina ibu bapa saya dan menceraikan saya dengan talak tiga.”

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Hyderabad, India itu telah difailkan oleh pihak polis pada 31 Oktober 2019 di bawah seksyen 498 A Kanun Keseksaan India (IPC), Akta Mas Kahwin, dan Akta Talak. Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Memang dari mula kami berkahwin pada 27 Jun tahun ini, keluarga saya sering ‘dibuli’ hanya menurut sahaja permintaan keluarga mertua yang mahukan bermacam-macam benda.”

“Malah suami dan keluarga mertua pernah mendera saya, mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari. Mereka juga memaksa supaya saya memberikan emas dan wang kepada mereka. Bukan itu sahaja, motosikal adik saya pun diambilnya,”

“Tapi akhirnya saya diceraikan kerana suami mengatakan dia tidak suka saya kerana gigi saya rongak dan dia sudah tidak mahukan saya.” Dakwa wanita terbabit.

Sumber: DNA India & NDTV

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)