Siakap Keli

“Jangan Buat-Buat Tutup Hidung…” Lelaki Tegur Sikap Orang Yang Suka Hina Pekerja Angkat Sampah

Hanya dalam tempoh 24 jam, ciapan yang dimuatnaik oleh pengguna twitter yang menggunakan nama Cheq Im tular di media sosial. Mendapat lebih dari 24,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka, Im berkongsikan realiti semasa yang mungkin pernah dilalui oleh kebanyakkan individu.

Im mengetengahkan isu tentang pengutip sampah yang sering diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Malah tidak dinafikan bahawa pekerjaan itu sering dianggap sebagai kerjaya picisan. Sekadar memandang luaran, ramai yang terlepas pandang bahawa ini adalah kerja mulia dan tak semua orang mampu melaksanakannya.

Walaubagaimanapun, Im mendakwa bahawa ciapannya itu ditujukan kepada individu yang suka memandang rendah serta memperolok pekerjaan orang lain.

Pendapat Im nyata dipersetujui rata-rata warganet yang turut memberikan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.

I pernah nampak ada sekumpulan remaja perempuan lalu kat depan abang yang tengah ambil sampah ni then tutup hidung, buat muka dan meludah kat tepi tu, biadap gila..

Aku benci tengok orang yang tutup hidung, libas tangan kat depan dorang ni, memang la busuk tapi korang jugak yang buang sampah tu

Lama-lama dah tak hairan orang tutup hidung ke apa, aku kerja dah hampir dua tahun, macam-macam kerenah jumpa

Ada je perangai yang jenis suka tutup-tutup hidung ni, siap cakap busuk bagai

Kat luar negara, orang tak panggil pengutip sampah, dorang panggil jurutera kesihatan

Aku pernah je lalu tepi lori sampah tak tutup hidung, pastu ada abang tu tegur ” Tak busuk ke dik, ke tahan nafas”

Yang kurang ajar tu tak sedar agaknya sampah yang mereka kutip tu dorang yang buat. Manusia memang buang sampah je merata-rata

“Elok humban mereka ni dalam lori sampah tu sekali..”

Sumber: Cheq Im

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)