Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Mengaku Dapat Arahan Dari ‘Syaitan’, Lelaki Bertindak Kejam Kelar & Bunuh Pelajar Tadika

Seorang budak lelaki berusia 6 tahun dijumpai mati ditikam serta lehernya dikelar di katilnya semasa tidur di sebuah tadika yang terletak di Rusia oleh seorang suspek yang menceroboh tadika tersebut sebelum menjerit ‘Syaitan yang suruh aku buat’.

Suspek yang berumur 36 tahun itu telah menyusup masuk ke bangunan yang terletak di Naryan Mar, Rusia.

Pengawal keselamatan yang bertugas di tadika ‘Skazka’ ketika itu tidak menghalang suspek yang masuk ke dalam bilik di mana kanak-kanak tersebut sedang tidur.

Sambil menjerit ‘Syaitan yang suruh aku buat’, suspek telah menyerang salah seorang budak yang sedang tidur di sebuah katil dengan mengelar lehernya menggunakan pisau.

Budak lelaki tersebut didapati meninggal beberapa minit selepas insiden itu terjadi. Pengawal keselamatan yang bertugas berjaya menangkap suspek tersebut dan menahannya sehingga polis tiba di tempat kejadian.

Mangsa yang dikenali sebagai Kirill Savenkov, baru sahaja berusia enam tahun. Dia merupakan pelajar tahun akhir di tadika tersebut sebelum melangkah ke sekolah rendah pada tahun hadapan.

Bapa kepada mangsa yang bernama Konstantin menyatakan bahawa pihak tadika telah menghubungi isterinya untuk memberitahu kejadian yang menimpa anaknya itu.

Semasa soal siasat yang pertama dilakukan oleh pihak berkuasa, suspek tersebut telah menyatakan bahawa ‘ada suara di dalam kepala saya’ yang menyuruhnya melakukan perbuatan itu.

Suspek tersebut didakwa berkemungkinan sedang khayal di bawah pengaruh alkohol atau dadah, lapor media tempatan.

Suspek tersebut tidak ada apa-apa kaitan dengan kanak-kanak itu dan mendakwa bahawa dia masuk ke dalam tadika tersebut secara ‘tidak sengaja’ kerana sedang ‘khayal’.

Menurutnya, dia menyangkakan bahawa kanak-kanak yang sedang tidur itu merupakan seekor binatang/raksasa, lalu bertindak menyerangnya.

Pihak polis yang menggeledah rumahnya telah menjumpai sekeping kertas yang mengandungi maklumat berkenaan dengan tadika ‘Skazka’ itu. Dalam kertas itu,  terdapat waktu operasi serta maklumat mengenai jumlah murid yang ada di tadika itu.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.