Siakap Keli

Padah Pakai ‘Fake Braces’, Sanggup Cabut Guna Pengepit Kuku

Gara-gara kos yang murah, ada sesetengah yang sanggup memakai ‘fake braces’ walaupun mengetahui bahaya yang menanti. Bila dah merana, doktor gigi juga yang dicari bagi menyelamatkan keadaan.

Seperti perkongsian oleh seorang doktor mengenai pengalaman berdepan mangsa pemalsuan pendakap gigi. Gigi gadis tersebut menjadi terlalu sakit selepas memasang ‘fake braces’ dengan seorang yang mendakwa doktor di sebuah rumah flat.

Ikuti perkongsian oleh Dr Azila Mohd Kasim seperti di bawah. Semoga menjadi kesedaran kepada semua agar berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan perkhidmatan ‘braces’ palsu.

Seorang remaja pada mulanya ingin membuat braces. Ini kisah perkongsian dari seorang mangsa.

Seorang tukang gigi menawarkan dan mendakwa bahawa dirinya seorang doktor gigi tetapi apabila beliau pergi pada tarikh yang dijanjikan, ianya hanya di rumah flat dan diubah suai untuk dijadikan sebagai klinik gigi.

Selepas beberapa hari memakai braces itu, nafas mula menjadi berbau dan gusi mula bengkak. Beliau sanggup membuka ‘bracket’ dengan menggunakan ketip kuku setelah beliau terbaca mengenai ‘fake braces’ itu.

Tukang gigi itu memasang ‘bracket’ dengan menggunakan gam sahaja sehingga meleleh sampai ke gusi.

Bayaran permulaan yang dikenakan hampir RM1000 untuk 8 batang gigi atas dan 8 batang gigi bawah.

Setiap bulan kena “servis” dan bayar sebanyak RM150. Jika ada ‘wire’ atau ‘braket’ tercabut, tukang gigi boleh menggantikan semula tetapi dikenakan bayaran yang berlainan.

Kesan daripada pemakaian ‘fake braces’ itu, gigi menjadi terlalu sakit sehingga perlu makan bubur sahaja. Nak cakap pun sakit.

Nasib baik beliau cepat tersedar dan membuka ‘fake braces’ itu. Lalu memberitahu doktor Azila.

Beliau kongsikan pengalaman ini untuk kesedaran bersama dan mengelakkan daripada tertipu.

Beliau tidak memberi gambar. Ini hanya gambar dari sumber media sosial.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Dr Azila Mohd Kasim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra