Siakap Keli

“Rahim Sakit Macam Dicakar-cakar”, Kawan ‘Tikam Belakang’ Sihir Kawan Baik Sendiri

Banyak kisah-kisah sihir yang telah kita baca dan dengar, persamaan bagi semua kisah tersebut ialah orang yang paling rapat dan paling kita percayai boleh menjadi duri dalam daging serta boleh menyimpan hasad dengki yang paling mendalam.

Bukan untuk menakutkan tetapi sahabat baik juga boleh menjadi individu yang paling merbahaya, ‘menikam’ kita secara senyap-senyap.

Satu lagi kisah yang boleh diambil sebagai pengajaran telah dikongsi oleh Syarifah Furaiha di Facebook yang dipercayai terkena sihir daripada sahabat baiknya sendiri.

Yang paling rapatlah kita perlu banyak hati-hati sebab yang rapat inilah yang tahu paling banyak. Memang Fara tak minat share tentang personal life, pasti ada sebabnya.

Tunang tak bagitau orang (memang sepatutnya begini). Kahwin pun tak kecoh-kecoh, hanya selepas selesai majlis je baru inform. Ini pun sebolehnya tak nak bagitau sebab nak hidup tenang je. Mengandung pun tak pernah share dengan public.

Memang ramai makan hati bila tiba-tiba je Fara kahwin dulu, bukan tak nak bagitau awal tapi ianya untuk keselamatan. Fara minta maaf.

Bayangkan kalau ada je orang tahu tentang personal life kita, pasti akan timbul masalah. Ada hasad dengki, ada ‘ain sana sini. Jadi sebolehnya kita tutup mana-mana pintu yang ada.

Ramai tak tahu, first pregnancy Fara adalah pada awal tahun 2018 but I ended up lost the baby, dengan cara tak masuk akal. Doktor pun pening.

Waktu ini zaman Fara selalu live di tv, mungkin selang 2 minggu sekali. Sampai akhirnya Fara terpaksa minta tolong leader Fara dua orang untuk gantikan tempat Fara bila Fara akhirnya warded sebab gugur.

Kalau ikutkan dia buat kita keluar darah untuk matikan terus.

Fara dah tutup sehabis tutup dah ruang kejahatan daripada orang luar sebab waktu ni memang banyak gangguan dan Fara tak sangka rupanya orang-orang dekatlah yang paling…..

‘Eh babe, you mengandungkan. Congrats you, happynya I nak tengok baby you lahir’. Sorang kawan baik Fara pernah tegur macam ni walhal kita sendiri pun tak tau kita mengandung. Tapi dia lebih-lebih pula tahu, memang pelik kan.

Tapi tak pelik pun kalau orang ada amalan ilmu hitam.

Tak ada yang tahu Fara mengandung melainkan hanya family dan orang terdekat. Happynya bukan kepalang nak dapat baby ni tau.

Yelah kita pun dah mengalami zaman-zaman dah bazirkan beberapa pregnancy test kit tapi tetaplah dapat 1 line je. Last-last dah malas nak check lagi, hampa. Fara doakan semua yang membaca post ini diberikan zuriat yang soleh solehah pada waktu yang tepat. Ameen.

Makin baby growing, makin lama makin tak best. Macam-macam mimpi dan bayangan yang dapat setiap malam. Ada perempuan koyakkan perut dan keluarkan baby. Ada nampak baby mati dan bermacam lagi. Semuanya macam video dalam horror movie, penuh dengan darah.

Husband tak bagi fikir sangat nanti kacau emosi.

Sampai terbangun tengah malam berpeluh-peluh. Rahim dah start sakit pelik. Bila pergi check doktor dan scan, semuanya okay. Tapi kita tak sedap hati.

Bff kita pula makin hari makin happy sebab baby kita dah makin besar. Siap belanja dan bagi makan macam-macam untuk baby katanya. Kiranya dialah orang yang paling malaikat sekali didunia ini.

Pagi ni Fara live di tv, hari ni juga terus sakit rahim. Dah ada blood spotting mula keluar setiap hari. Dari setitik ke banyak titik. Rahim sakit macam dicakar-cakar.

Padahal Fara bukan kerja berat pun, cuma berat pada fikiran saja. Bila rujuk doktor, doktor cakap ada banyak kemungkinan. Ectopic pregnancy(mengandung luar rahim) dan entahlah, doktor pun kurang pasti katanya sebab belum boleh comfirmkan lagi. Hanya bagi ubat kuatkan rahim.

Tapi darah tak berhenti setiap hari. Makin hari makin banyak dan warna makin keruh, gelap dan hitam. Sakitnya makin bertambah lagi-lagi selepas asar, meraung menangis tak tahan sakit.

Ruqyah berjalan setiap minggu sebab kita memang terkena sihir sudah bertahun sejak dari 2015 lagi.

Sehinggalah lepas seminggu lebih dan Fara terpaksa on air lagi masuk tv. Disebabkan terlalu sakit dan risau, akhirnya Fara pergi check dengan doktor pakar. Sangat membantu dan terbaik sekali.

Allahu, sedih bukan kepalang. Jantung rebah dibuatnya. Doktor sahkan rahim dah kosong, termasuklah dengan kantung-kantung sekali. Pun lesap ke? Check record, memang pernah pregnant tapi kenapa macamtu hanya Tuhan yang tahu.

Fara tak dapat teruskan live di tv dan digantikan oleh team Fara sebab Fara kena cuci dan warded dulu sambil rehat. Clear je apa dalam rahim tu, terus hilang sakit Alhamdulillah.

Tengah nak buat procedure, kemain bff kita call risau tanya itu ini tapi nak jejak kaki datang melawat boleh mimpi je lah. Dah 2 kali Fara warded sebab sakit macam-macam, dua kali ini jugalah tak nampak batang hidung kawan baik kita ni.

Tapi call non stop. Ingatkan risau, rupanya sebab nak tau update berjaya ke tak rancangan dia.

Allahu, topengnya hanya terbongkar selepas Fara amalkan pesanan syeikh. Itupun selepas beberapa tahun bila kita dengar nasihat guru kita.

Syeikh pesan lepas asar, baca hizib bahr. Pasti Allah bantu.

Ya memang betul Allah bantu. Waktu tengah baca hizb bahr tetibe saja terlintas dan ternampak bayangan sorang bff dan sorang lagi staf yang Fara paling percaya.

Keduanya perempuan. Mulanya kita rasa pelik, tapi akhirnya segala kejahatan dan keburukan mereka tak lagi boleh ditutupi.

Inilah duri dalam daging, yang depannya penuh senyuman tapi dalam hatinya terbakar dengan hasad dengki kebencian. Sampai sekarang tak berani dorang tunjuk muka depan Fara.

Rupanya inilah antara dalang dalam semua ujian besar yang datang sebelum ini. Tapi tiadalah keburukan yang datang dari Allah melainkan hanyalah kebaikan dan tanda kasih sayangNya.

Mungkin kita diuji kerana banyaknya dosa kita yang Allah nak hapuskan. Teruskan bersangka baik dengan Allah.

Pengajarannya, peganglah dengan nasihat orang alim. Banyak waspada dengan wanita kerana wanita ini hatinya lain macam. Tengok handbag dan tudung perempuan lain pun dia dah boleh iri apatah lagi jika melibatkan kehidupan, harta mahupun rupa.

Sesuatu jalan itu hanya akan difahami hanya bagi orang-orang yang pernah melalui saja. Moga Allah bantu. Doakan yang baik-baik buat Fara, suami dan keluarga. Mungkin baru hari ini ada yang baru tahu cerita ni kan?

Syarifah Furaiha,
Memang jarang bercerita tentang personal life.

Sumber: Syarifah Furaiha

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.