Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Suami Curang Dengan Janda Anak Dua, Respon Wanita Ini Memang ‘Win’

Lumrah hidup berumah-tangga pastinya akan dilanda dengan pelbagai ujian dan dugaan. Namun, dugaan paling berat yang dihadapi dalam hubungan suami isteri pastinya adalah dengan kehadiran orang ketiga. Umpama mimpi ngeri, hubungan yang dibina boleh runtuh hingga membawa kepada penceraian.

Seperti perkongsian oleh seorang isteri apabila mengetahui kecurangan suaminya. Malah, wanita tersebut secara terang-terangan meminta izinnya untuk bermadu.

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah respon yang diberikan oleh isteri yang tidak cepat melatah sehingga mendapat tanda suka sebanyak 88 ribu dan perkongsian 27 ribu oleh netizen. Memang win lah!

Suami aku curang dengan janda anak satu.

Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi. So tanya suami, dia cakap ya. Dia nak nikah. Aku cakap bagi aku masa tiga hari untuk bersedia.

Tiga hari lepas tu, aku jumpa perempuan tu sama-sama dengan laki aku. Duduk semeja kat restoran mahal kalau tiga orang makan mau dekat RM200 kot aku rasa. Laki aku ingat nak suai kenal agaknya, sengih-sengih bukan main amboi amboi gatal miang ko ye jantan bukan main lagi.

Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pinggan letak ketepi aku tanya perempuan tu, sungguh ka ampa nak nikah dgn suami kami. Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii amboi suka hang nak amik laki kami, aku bawak keluar slip gaji laki aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800.

Aku bawak keluar pulak geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motor pun atas nama aku aih. Laki aku takda kereta apa pun. Aku cakap agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? Tak payah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang muhong aih. Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah memang kami bagi penerajang dua-dua.

Bulan-bulan nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja bagi kami pun takat RM100,200 itupun mintak semula tapi kot ampa redha dapat RM10 ja tiap bulan ikutlah. La ni ampa duk dua nah, pikir baik-baik dulu nak kawin lagi ka tak mau nih kami baru bukak pasal zahir, batin kami tak bagitau lagi kot dua minit ka tahan, sebulan sekali ja mampu tu ampa tak tau lagi.

Pikir elok-elok nah, ni yang kami makan, ampa bayar. Nak balik ampa cari grab pasal kat luar tu kereta kami punya, ampa biasakan dari sekarang naik grab ka jalan kaki ka merangkak ka nahh. Semoga berjaya aku kata ka depa dua, puas hati aku tengok laki aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketoi.

Aku balik tidur, esok bangun-bangun laki aku cakap dah tak jadi nikah, dia mintak maaf teriak la dia mintak ampun mintak nyawa taubat sampai syurga kata dia. Baru ada akai. Perempuan tu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf puih la hang.

Aku cakap kat laki aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu dapur toilet silap-silap aku buat profile picture facebook WhatsApp semua baru padan muka hang.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra