Siakap Keli

“Sweet, Simple, Elegance,” Hasil Kerja Tangan Komuniti Di Sabah Buat Wan Azizah Bangga

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Ismail sememangnya dikenali sebagai menteri yang memiliki keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah beliau sering mendapat perhatian setiap kali ‘tweet’nya muncul di ruang twitter.

Menerusi ciapan terbaru twitter @drwanazizah itu, Dr Wan Azizah ada berkongsikan busana yang dipakainya hasil daripada seni halus buatan rakyat tempatan.

Beg tangan yang saya pegang ini adalah hasil kerja tangan komuniti masyarakat Nabawan, Sipitang dan Keningau. Manik-manik itu pula dari Kudat. Cantik sungguh hasil kerja tangan mereka.

Beliau berasa bangga dengan hasil kerja yang dilakukan oleh komuniti masyarakat Nabawan, Sipitang dan Keningau. Hasil kerja tangan yang hasilkan oleh mereka sangat kemas dan teliti.

Rata-rata warganet teruja melihat busana yang digayakan oleh Dr Wan Azizah,

Promosikan lebih lagi hasil kraftangan dari Malaysia

 

Nice color, Sweet… Simple elegance

 

 

Sumber: Dr Wan Azizah

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)