Siakap Keli

(Video) Viral Anjing Liar ‘Tokak’ Budak, Orang Ramai Didakwa Hanya Tengok & Rakam Bikin Natizen Geram

Baru-baru ini, terdapat satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak yang dipercayai telah diserang oleh seekor anjing didakwa anjing liar.

Difahamkan, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah kawasan di utara tanah air.

Video yang berdurasi selama 24 saat itu menunjukkan seorang budak lelaki sedang terduduk ketakutan sambil diawasi oleh anjing yang dipercayai cuba untuk menyerangnya jika budak tersebut cuba melepaskan diri.

Turut kelihatan orang ramai yang cuba untuk menolong budak tersebut sekiranya anjing itu bertindak agresif.

Susulan daripada video tersebut, pelbagai reaksi daripada netizen berkenaan dengan video itu dapat dilihat menerusi ruangan komen.

Rata-ratanya berang dengan tindakan lelaki yang merakam serta orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana mendakwa seakan-akan tidak ada usaha untuk membantu budak tersebut.

Antaranya komen netizen yang menzahirkan rasa kecewa mereka adalah seperti berikut:

Bagaimanapun, dalam ruangan komen, ada juga netizen yang mendakwa orang kampung berkenaan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut, namun begitu ia tidak dimasukkan dalam video yang ditularkan.

Dalam video yang sama, dapat didengar suara-suara orang meminta dicarikan kayu, dipercayai bagi mengalau anjing berkenaan.

Sumber: Bomoh Online

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.