Siakap Keli
Foto: Dailymail

Wanita Didakwa Tembak Cermin Pandu Lalu KFC Sebab Tak Diberi Tisu Dengan Garfu

Pihak berkuasa Kentucky mencari seorang wanita yang didakwa bertindak menembak ke arah cermin pandu lalu di sebuah restoran makanan segera kerana dikatakan pihak restoran tersebut gagal memberikan garfu dan tisu bersama makanannya pada Isnin lalu.

Petik daripada laporan Daily Mail, kejadian tersebut berlaku di kawasan pandu lalu restoran KFC di Kentucky.

Sementara itu, pengurus restoran Subway yang berdekatan dengan tempat kejadian menyatakan bahawa dia terdengar tentang kejadian tersebut daripada seorang pelanggan.

“Saya tidak dapat memikirkan apa yang ada dalam fikiran wanita tersebut sehingga dia mengeluarkan pistol untuk menembak tingkap tersebut. Ia sangat menakutkan.”

Dalam masa tersebut, pihak KFC mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa syarikat tersebut bersyukur kerana tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Sehingga kini, pihak polis memulakan siasatan dan mengumpulkan maklumat tentang suspek. Bagaiamanapun, restoran KFC tersebut dikatakan menjalankan operasi seperti biasa seleopas sehari tutup semasa kejadian.

Sumber: Daily Mail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.