Siakap Keli

Berjaya Turunkan 35 Kilogram Dengan Mudah, 3 Tips Setiap Hari Lelaki Ini Buat ‘Simple’ Sangat

Seperti mana yang kita ketahui, untuk menurunkan berat badan yang berlebihan bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang yang telah melebihi tahap indeks jisim tubuh (BMI).

Usaha, disiplin, serta pengambilan makanan yang betul dan gaya hidup sihat adalah merupakan antara cara yang betul dalam usaha mendapatkan berat badan yang ideal. Tiada jalan pintas, semuanya terletak pada keazaman diri sendiri.

Seorang pengguna Twitter yang bernama Faries ada berkongsikan tentang bagaimana cara dia berjaya menurunkan 35kg dalam masa 5 bulan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ini adalah menu diet yang dia amalkan.

Ramai yang anggap nasi antara utama berat badan bertambah, sebenarnya tak pun. Kalau makan nasi segunung, memanglah berat badan akan bertambah.

Diet dengan rasa lapar memang tak dapat dipisahkan. Untuk kurangkan rasa lapar, banyakkan minum air kosong.

Ramai orang tak makan nasi sebab nasi boleh buat badan jadi gemuk, kemudian memilih untuk makan mee, bihun dan sebagainya. Sebenarnya mee, bihun ni lagi berat daripada nasi.

Kurangkan makan kuih, biskut dan benda-benda yang manis. Tukar kepada buah-buahan.

Paling penting sekali, jangan sesekali makan makanan segera.

Cukup seminggu sekali timbang berat badan. Bukan apa, kalau timbang hari-hari, takut semangat nak kurus tu terkesan.

Sumber: Faries

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.