Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

Ibarat Sumpahan, Pemuda 30an Tertekan Tak Dapat Cari Bini Kerana Muka ‘Awet Muda’, Macam Budak-Budak

Semua orang mengimpikan untuk kelihatan muda. Bermacam-macam cara yang dibuat untuk mengekalkan wajah supaya kelihatan sentiasa muda. Namun berbeza situasi yang dihadapi seorang pemuda dari China ini.

Seorang lelaki berusia 34 tahun di China yang mempunyai kecederaan di bahagian otak telah mengalami satu masalah dimana anggota badannya tidak berubah seperti orang lain yang seusia dengan dirinya.

Zhu Shengkai sudah berusia 34 tahun bekerja sebagai petani. Kredit Foto: dailymail

yang merupakan seorang petani mendakwa tubuh badannya tidak berubah setelah kepalanya terkena batu ketika bermain pada zaman kanak-kanaknya dulu.

“Saya masih seperti kanak-kanak, sebab itu saya tidak boleh berkahwin dan mempunyai anak’ kata Zhu Shengkai yang juga bekerja sebagai pendandan rambut.

Walaupun usianya kini mencecah 34 tahun, namun keadaan fizikal Zhu masih seperti kanak-kanak katanya kepada media China di rumahnya.

Orang ramai sering menganggap Zhu sebagai kanak-kanak kerana fizikal dan suaranya tak ubah seperti seorang kanak-kanak.

Dia mengalami kecederaan di bahagian otak yang mengawal pertumbuhan tubuh. Zhu berkata kepalanya terkena batu ketika sedang bermain dengan rakan-rakan di zaman kecilnya dahulu.

Namun, disebabkan terdapat sedikit kelemahan dalam penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar, China pada tahun 1980-an, dia gagal dirawat dengan baik.

Menurut Zhu, dia tidak menyangka kejadian ini akan berlaku perubahan dalam hidupnya . Hal ini kerana bahagian kepalanya yang terkena batu itu langsung tidak berdarah ketika itu.

Walau bagaimanapun, pada malam tersebut dia mula mengalami demam panas dan keadaannya bertambah buruk selepas tiga hari.

Setelah dibawa ke klinik tempatan di sekitar rumhnya, terdapat darah beku di bahagian kepalanya itu. Namun, dia telah dibedah untuk membuang darah beku tersebut. Ibu bapa Zhu turut menyangka anaknya telah sembuh selepas pembedahan itu.

Ketika berusia sembilan tahun, fizikal Zhu masih tidak mengalami sebarang perubahan. Ianya masih sama seperti dia berumur enam tahun.

Wajah Zhu Shengkai yang kini berusia 34 tahun. Kredit Foto: dailymail

Setelah menerima rawatan di hospital besar, kelenjar pituitarinya didapati telah rosak. Beliau menjalankan perubatan selama lima tahun, namun masih tidak berlaku apa-apa perubahan ke atas dirinya.

“Saya melihat orang yang seusia saya semuanya dah berkerut, tapi wajah saya masih seperti kanak-kanak. Jadi, ia baik untuk saya supaya kelihatan sentiasa muda di hari tua nanti,” tambahnya lagi.

Sumber: dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.