Siakap Keli

Kehangatan Final Piala Malaysia Telah Bermula, Pasukan Mana Yang Bakal Jadi Juara?

Bahang kehangatan final piala Malaysia 2019 kini terasa. Siapakah bakal merangkul gelaran juara Piala Malaysia pada tahun ini?

Kedua-dua penyokong pasukan Johor Darul Takzim dan Kedah semestinya ghairah ingin menyaksikan perlawanan yang bakal merebut gelaran juara Piala Malaysia pada tahun ini.

Kelihatan banyak gambar-gambar yang dimuat naikkan di laman sosial tentang keberangkatan penyokong masing-masing ke Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan berlangsung pada malam ini.

Rata-rata penyokong memberikan sokongan yang padu kepada pasukan pilihan masing-masing.

Menerusi facebook milik Mahdzir Hasan Det yang telah memuat naik gambar sebilangan penyokong Kedah yang telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Kredit Foto: Facebook Mahdzir Hasan Det

 

Video yang dirakam oleh Mohd Ridzuan Md Salleh yang menyaksikan penyokong Kedah sedang sedang berpusu pusu masuk ke perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Menerusi facebook Mohd Nazri Abd Azis turut memuatnaik gambar rombongan penyokong JDT yang datang ke Stadium Bukit Jalil dengan menaiki beberapa biji bas bagi menyaksikan secara langsung perlawanan akhir piala Malaysia antara JDT dan Kedah.

Antara kiriman gambar penyokong JDT:

Antara penyokong JDT yang datang menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil. Kredit Foto: Mohd Nazri Abd Azis

Ikuti siaran langsung perlawanan bola sepak final Piala Malaysia secara langsung pada malam ini untuk mengetahui siapa yang bakal jadi juara pada tahun ini.

Sumber: Mohd Ridzuan Md Salleh, Mohd Nazri Abd Azis, Mahdzir Hasan Det

Siti Natrah Jusof