Siakap Keli

Lelaki Hidap Kanser Limfoma, Ambil Tempahan ‘Nametag’ Khat Tampung Kos Perubatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ujian boleh datang dengan pelbagai cara, ada yang berputus asa dan ‘terkandas’ di tengah jalan namun ada juga yang boleh menerima dan hadapinya dengan tabah.

Hidap kanser limfoma tidak menghalang seorang lelaki untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan harian keluarga serta perbelanjaan membeli tong oksigen dengan mengambil tempahan nametag tulisan khat.

Melalui posting Mira Jamal iaitu rakan kepada Budin, beliau tidak boleh bergerak dan hanya mampu duduk di katil hospital. Mira juga menyeru orang ramai untuk membantu Budin dengan membeli nametag khat tersebut.

Assalamualaikum gais,

Kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana…….

Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap Kanser dan InsyaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan). Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.

Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.

Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalag antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.

Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din. Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.

To order:

Untuk membuat tempahan :

Whatsapp no: 01118698085

https://wapp.my/01118698085/Hi.+Nak+tempah+name+tag+khat

https://www.facebook.com/teratak.biduanda

Instagram : @t_biduanda

Harga : RM15

**Buat yang menempah, harap faham keadaan Din yang terbatas nak reply laju laju ya, and nak siapkan order ambil masa sikit. 🙏

Sumber: Mira Jamal 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra