Siakap Keli
Kedah FA

“Menang Piala Malaysia, Kedah Cuti Ahad” -Menteri Besar

YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan akan memberi cuti umum pada hari Ahad (esok) buat negeri Kedah jika kemenangan Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada malam ini berpihak kepada pasukan negeri itu.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi di media sosial, pengisytiharan cuti tersebut adalah sebagai penghormatan kepada pasukan negeri yang berjaya mengharumkan nama Kedah dengan menjulang piala berprestij itu sekaligus menghargai kesetiaan para penyokong terhadap pasukan Hijau Kuning.

“Sekiranya pasukan bola sepak Kedah menjuarai Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini, esok hari Ahad, 3 November 2019 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am di negeri Kedah,” katanya.

Pengisytiharan berkenaan telah diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

Kenyataan Rasmi dari YAB Menteri Besar Kedah.Sekiranya Lang Merah menang, Kedah cuti!#PulunKedahPulun

Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 2 November 2019

Sumber: Mukhriz Mahathir FC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.