Siakap Keli
Kredit: Twitter Tuanku Permaisuri

“Pedas Macam Dinamit”, Kecur Air Liur, Warga Finland Jatuh Hati Dengan Sambal Belacan Permaisuri

Siapa tak tahu hobi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang satu ini. Setiap kali Seri Paduka Baginda memuat naik gambar masakannya, pasti ramai yang terliur melihat kelazatan juadah tersebut.

Bukan sahaja rakyat jelata, bahkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuji sambal belacan Seri Paduka Baginda yang dihadiahkan kepadanya sebagai tanda persahabatan sejak sekian lama.

“Sambal belacan friendship”

Terbaru semalam, Tuanku Permaisuri berkongsi kiriman gambar sambal belacan hasil air tangan baginda yang memukau selera sesiapa yang melihatnya.

Perkongsian baginda telah membuatkan netizen kecur air liur dan mengidam untuk menikmatinya.

“Nak sikit Tuanku, nampak sedap ni”

“Tuanku ada jual tak? Kalau ada saya nak beli.”

Patik sudi jadi ejen

Teringin nak rasa air tangan Tuanku Permaisuri

Perkongsian Tuanku Azizah turut mendapat reaksi orang luar yang tergoda dengan sambal itu.

“Jika Tuanku merancang untuk mempengaruhi peminat cili di Finland untuk sediakan makan malam Jumaat, saya ingin katakan rancangan Tuanku berjaya.”

Sumber: Twitter Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Amira

Love yourself.