Siakap Keli

Pilu, Viral Gajah Kurus Tiba-Tiba Tumbang Dan Mati, Dipercayai Terlampau Penat Dipaksa Bawa Pelancong Tanpa Rehat

Seekor gajah dipercayai terjatuh dan mati selepas dipaksa tanpa henti untuk membawa para pelancong di Sri Lanka.

Gajah yang dipanggil Kanakota itu ‘bekerja’ di sebuah safari di bandar Habarana dengan keadaan suhu yang sentiasa lembap dan gajah malang itu juga dipaksa untuk melakukan perarakan diikuti dengan membawa pelancong sehinggalah tubuh badannya tidak mampu lagi untuk bertahan dan terjatuh.

Menurut pihak berkuasa, Kanakota telah berada di safari itu sejak ia berumur 3 tahun dan sejak dari itu lagi gajah tersebut dipaksa untuk membawa pelancong sehingga membawa kepada kematiannya.

Jangka hayat purata bagi seekor gajah Asia berumur 60 tahun namun Kanakota mati pada umur 18 tahun.

Satu kempen telah diadakan oleh aktivis hak haiwan, Moving Animals, yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keadaan sebenar gajah-gajah yang berada dalam safari dan menghentikan penungganan gajah dalam kalangan pelancong.

Siasatan daripada kumpulan aktivis itu mendapati bahawa gajah-gajah dirantai dengan ketat dan sentiasa ‘diugut’ dengan cangkuk tajam yang digunakan oleh penjaga untuk mengawal gajah-gajah tersebut.

Satu siasatan telah dijalankan dan tiada punca kematian rasmi yang diumumkan namun pihak aktivisĀ  percaya Kanakota mati kerana kepenatan.

Sumber: Unilad

Sofea

There's always another side to every story