Siakap Keli

“Lori Besar Laju, Jauhilah, Buanglah Ego Pandanglah Kiri Kanan Dua Tiga Kali Sebelum Nak Overtake”

Setiap hari, pasti akan ada kes kemalangan yang dicatatkan di jalan raya. Ada mangsa yang hanya cedera dan ada juga mangsa yang terkorban. Bagi penunggang motorsikal, risiko untuk terbabit dengan kemalangan ketika menunggang motorsikal adalah amat tinggi.

Berikutan dengan kemalangan yang telah meragut nyawa pasangan suami isteri seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsikan pesanan khas untuk penunggang motorsikal yang selalu berhadapan dengan risiko ketika di jalan raya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh Marzuki Zulkufly seperti berikut:

Ya, kita semua terkesan dengan berita kematian pasangan yang terbabit dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Sebagai rider yang hari-hari ulang alik pergi kerja bersama isteri, selalu aku pesan pada diri ini, ingatlah anak yang sedang menunggu kepulangan mak ayahnya di rumah.

Bila bawak motor, kalau ada rider lain yang bawak laju sambil sailang macam haram, aku tak endahkan. Yang cucuk-cucuk belakang konon nak cepat, aku ketepikan motor, bagi je diaorg jalan.

Yang cucuk angin kereta motor, aku tak ikutkan. Lori besar laju, ko jauhilah dia. Buanglah ego. Pandanglah kiri kanan dua tiga kali sebelum nak overtake. Biar lambat, asal selamat.

Tiap hari, tiap petang, anak akan tunggu depan rumah tunggu kami. Jadi biarlah lambat. Asal selamat.

Al-fatihah.

Sumber: Marzuki Zulkufly

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.