Siakap Keli

(Video) “Gila Padu!” – Luqman Hakim Jaring Gol Dari Tengah Padang Ketika Lawan Kemboja, Ramai Tak Percaya

Perlawanan antara Malaysia dan Kemboja dalam Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 tadi digegar oleh satu gol jarak jauh oleh Luqman Hakim yang dijaring dengan jarak hampir 50 meter dari gol lawan.

Di media sosial, ramai yang tidak menyangka sepakan yang seolah-olah meliar pada awalnya oleh Luqman itu mampu menyentuh jaring gol lawan biarpun penjaga gol dilihat berada didalam keadaan bersedia ketika bola itu berdesup ke gol lawan.

Malah ada juga yang berkata mungkin gol oleh Luqman itu akan dinobatkan dalam anugerah Puskas. Pengulas siaran langsung itu yang dipercayai dari Kemboja juga dilihat seperti tidak percaya dengan jaringan terbabit apabila melolong ketika jaringan dibuat.

Gol terbabit dijaring pada minit 66 perlawanan.

Saksikan sedutan gol itu dalam video dibawah:

 

Keputusan perlawanan, Malaysia menang dengan 5 gol berbalas 4.

Senarai penuh penjaring:

Malaysia: Shafi Azswad (30`) Fakrul Iman (39`) Azrin Afiq (42`) Luqman Hakim (66`) Muslihuddin Atiq (72`)

Kemboja: Met Samel (60`) Chea Sokmeng (65`) Ry Leap Pheng (76`) Ly Mael (87`)

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.